Wednesday, 14 August 2013

TAKRIF/MAKSUD ARKITEK

lmu pengetahuan dan kepakaran yang bagaimanakah yang perlu dimiliki oleh seorang Arkitek yang boleh melayakkannya bergelar Arkitek? 
Perkataan Arkitek berasal dari perkataan Greek – ‘Arkhitekton’, yang bermaksud ‘ketua tukang bina’ [Head builder]. Definisi tradisional pula mentakrifkan Arkitek sebagai seorang yang merekabentuk, mentadbir dan menguruskan pembinaan sesuatu bangunan. Maka tugas utama Arkitek bolehlah disenaraikan seperti berikut: 
  1. Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk,
  2. Menyediakan Lukisan Binaan, 
  3. Menyediakan spesifikasi yang memperihalkan apa yang ditunjukkan dan dinyatakan di dalam Lukisan Rekabentuk dan Lukisan Binaan, 
  4. Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum kerja-kerja binaan dimulakan, 
  5. Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum pemilihan kontraktor dibuat dan menyediakan Dokumen Kontrak apabila kontraktor telah dipilih, 
  6.  Memastikan proses dan sesi rundingan untuk memilih kontraktor yang bakal membina bangunan yang telah direkabentuknya, dijalankan sebaik mungkin mengikut kehendak perundangan yang berkaitan; dan 
  7. Tugas lain termasuklah menyediakan rekabentuk dan perancangan infrastruktur sesuatu skim pembangunan dan apa sahaja hal yang berkaitan dengan sosio ekonomi yang boleh mempengaruhi proses perancangan alam bina.  
Namun gelaran ‘Arkitek’ secara lazim mengikut peruntukan undang-undang khusus berkaitan dengannya pula, hanyalah layak kepada individu yang telah mendapat pendidikan khusus dalam bidang senibina [untuk satu tempoh yang tidak kurang dari lima tahun di peringkat ijazah dan sarjana (post-graduate) dan telah diluluskan pendaftarannya untuk menjalankan praktis senibina mengikut peruntukan mana-mana undang-undang berkaitan profesion Arkitek di kawasan, wilayah, negeri atau negara dimana Arkitek tersebut memberikan perkhidmatannya. Dari segi kepakaran, Lembaga Pendaftar Arkitek United Kingdom[Architects’ Registration Council of United Kingdom – ARCUK] pula menetapkan 3 keperluan asas yang perlu ada pada seseorang Arkitek: 
i]      Mencipta [to create], 
ii]      Merekabentuk dan merancang [to design and to plan]; serta 
iii]     Mengurus dan menyelia [to manage and supervise]. 
Untuk diikhtiraf sebagai seorang Arkitek, seseorang itu disyaratkan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang mencukupi, terlatih dan mempunyai pengalaman dalam bidang senibina dalam 3 aspek keperluan tersebut di atas. 
Kewibawaan seseorang Arkitek adalah juga bergantung kepada kemampuannya melaksanakan 3 aspek keperluan asas yang disenaraikan di atas.     
Read More

AKTIVITI PEKERJAAN ARKITEK

Apabila seseorang individu itu telah layak bergelar samada sebagai seorang Siswazah Arkitek atau seorang Arkitek Profesional, terdapat berbagai peluang pekerjaan yang boleh dilakukan sepertimana berikut:
[pelbagai sektor di mana Arkitek boleh mendapatkan pekerjaannya]            
[1] Sektor Awam:                       
·        Di jabatan-jabatan kerajaan seperti JKR, mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan [PBT], mana-mana Agensi Pembangunan Tanah Kerajaan Negeri dan lain-lain. 
·        Sebagai kakitangan tenaga pengajar mana-mana pusat pengajian tinggi awam yang menyediakan kursus khusus untuk pengajian senibina. 
·        Di agensi-agensi korporat kerajaan yang masih di bawah pentadbiran kerajaan contoh: Tenaga Nasional Berhad [TNB], Indah Water Konsortium [IWK] – di Jabatan Arkitek atau Perancang di sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan.       
[2] Sektor Swasta: 
·        Bekerja sendiri menjalankan praktis perseorangan. 
·        Sebagai salah seorang rakan kongsi dalam praktis perkongsian. 
·        Sebagai salah seorang Pengarah dalam badan berkanun yang memberikan perkhidmatan praktis senibina. 
·        Sebagai tenaga pengajar di institut pengajian tinggi swasta. 
·        Bekerja di institusi kewangan. 
Siswazah Arkitek Bergaji dan Arkitek Profesional Bergaji  
Siswazah Arkitek Bergaji dan Arkitek Profesional Bergaji biasanya adalah individu Siwazah Arkitek atau Arkitek Profesional yang bukan rakan kongsi mana-mana firma Arkitektur atau pengarah mana-mana badan korporat yang memberikan perkhidmatan senibina/arkitektur. Mereka-mereka ini tidak memberikan perkhidmatan sebagai juruperunding senibina profesional. Perkhidmatan mereka hanya diberikan kepada majikan mereka sahaja dan mereka di bayar upah dalam bentuk gaji.  
Arkitek Profesional yang menjalankan khidmat rundingan senibina memberikan khidmat profesionalnya kepada mana-mana pihak klien atau majikan yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan senibina dan mereka perlu dibayar yuran yang jumlah dan bentuknya telah ditentukan oleh Skel Fee Minima sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah [Skel Fee Minima] Arkitek 1996. 
Walaubagaimanapun sesetengah strategi perniagaan dalam menangani masalah pembayaran cukai pendapatan, sesetengah rakan kongsi atau pengarah firma Arkitek terdiri dari Arkitek Profesional yang yang juga dibayar gajinya. Namun, untuk kepastian dalam konteks ini sila semak Surat Pekeliling Am LAM Bil. 4/1987 yang memberi panduan kepada perlakuan Arkitek bergaji atau untuk mereka yang bekerja makan gaji.     
Read More

ARKITEK

Bidang seni bina berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia. Reka bentuk dan pembinaan bangunan yang sesuai dengan kehendak dan kehidupan manusia n-terupakan aspek yang penting di dalam seni bina. Seni bina adalah seni dan sains sebuah bangunan.
Individu yang dilatih di bidang mi dipanggil arkitek. Seorang arkitek itu dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan di dalam unsur-unsur seni dan mengintegrasi­kannya dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi mi seorang arkitek itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati, dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang.
Tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak peng­guna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang­undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan rnengawas pelaksanaan sesuatu projek bangunan dan mula hingga ke akhir penyiapartnya.
Tugas seorang arkitek bermula apabila beliau diminta menasihati atau menjadi tempat merujuk mengenai proses pembinaan sebuah bangunan yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

Peringkat Satu: Mereka Bentuk Bangunan


Menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lukisan-lukisan lakaran ke arah konsep reka bentuk bangunan yang sesuai.

Peringkat Kedua: Merancang/Pengeluaran


Menyediakan pelan-pelan terperinci untuk kelulusan pihak­pihak berkuasa tertentu dan seterusnya membuat lukisan­Iukisan kerja untuk memudahkan pembinaan. Pemilihan kontraktor untuk melaksanakan pembinaan boleh dibuat melalui tender atau secara rundingan.

Peringkat Ketiga: Mengurus Projek


Mengawasi dan menyelia keija semasa pembinaan. Arkitek akan bertindak sebagai ketua kumpulan dan menyelaras tugas pakar-pakar yang terlibat dan kontraktor-kontraktor. Di samping itu, seorang arkitek merupakan orang tengah di dalam perkara-perkara yang melibatkan empunya bangunan dengan kontraktor seperti spesifikasi, mutu kerja, sijil pembayaran dan perkara lain yang berkaitan.
Pada keseluruhannya, seorang arkitek harus dapat memberi khidmat yang bermutu di dalam reka bentuk bangunan serta menentukan bahawa kerja pembinaannya bermutu dan dapat disiapkan mengikut jangka masa, kualiti dan kos yang telah dirancang.
Buat masa ini peluang kerjaya di bidang mi amat cerah sama ada di sektor kerajaan atau swasta terutama di sektor pembinaan. Selain itu terdapat banyak peluang di dalam bidang pendidikan dan penyelidikan sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi seperti universiti dan politeknik.
Seorang siswazah arkitek biasanya akan bekerja dengan firma-firma arkitek/jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. Kebelakangan mi akibat kepesatan pembangunan khususnya di bandar-bandar besar dan kemunculan bandar­bandar baru ramai arkitek yang berkhidmat dengan pihak pemaju, kontraktor, pembekal bahan binaan serta syarikat­syarikat yang terlibat dalam industri bangunan. Manakala bagi mereka yang berpengalaman boleh membuka firma sendiri.
Di sektor kerajaan, kerjaya ini mampu menawarkan gaji melebihi RM1,400 serta beberapa imbuhan lain, manakala sektor swasta mampu menawarkan sekali ganda gaji sektor kerajaan kepada seorang arkitek.
Sementara itu, pemegang Diploma Seni Bina boleh memegang jawatan pembantu teknik di jabatan kerajaan/ badan-badan berkanun dan sebagai pembantu arkitek di firma-firma swasta.
Semasa pengajian pelajar akan diajar tentang seni bina, kejuruteraan bangunan, perancangan, ekonomi bangunan dan pengurusan serta teknologi seni reka. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan latihan di bidang teknikal, pengurusan, pentadbiran pembangunan yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar menerapkan pengetahuan yang lebih luas. Mereka juga akan menjalani latihan praktikal di pejabat atau firma arkitek bagi menimba ilmu.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN


(i)                  Mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion
(ii)                Mempunyai pengetahuan dalam bidang matematik dan lukisan
(iii)               Memiliki daya imaginasi yang tinggi
(iv)              Memiliki kreativiti
(v)                Mampu menyiapkan tugas mengikut masa yang ditetapkan
(vi)              Mahir menggunakan komputer
(vii)             Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI


Sekiranya berminat untuk memilih bidang mi sebagai keijaya, seseorang itu perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.

TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN


Kursus seni bina boleh diikuti sama ada di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara IPT awam tempatan yang menawarkan kursus mi ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Selain itu, kursus mi juga boleh diikuti di beberapa universiti luar negara seperti di Australia, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syanikat.

SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN


Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang mi:

Cara pertama: Untuk melanjutkan pengajian di bawah program integrasi seni bina di UTM, pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan di benarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.

Cara kedua : Kementerian Pendidikan menawarkan program matrikulasi sains selama satu setengah tahun sebelum pelajar ditawarkan, untuk megikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina diUSM,UM, dan UIAM. Program ini memerlukan calon peperiksaan peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu, matematik serta serta tiga mata pelajaran yang lain.

Cara Ketiga : USM juga mengambil calon-calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda (Perumahan, bangunan dan Perancangan) selama tiga tahun sebelum meneruskan pengajian selama setahun bagi program sarjana muda seni bina. Cara ini memerlukan calon lulus SPM dan kepujian bahasa melayu. Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya dalam pelajaran matematik, fizik, ekonomi dan geografi.

Cara keempat : USM dan UTM juga membuka peluang kepada lulusan sijil /diploma dari UPM, UTM, UiTM dan politeknik di bidang seni bina, perancangan, ukur bahan, penilaian atau bangunan untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.

Cara Kelima:  Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan UIAM, calon perlu lulus SPM dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahasa Melayu. Calon juga perlu lulis STPM dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya dalam mata pelajran matematik dan fizik.

Cara Keenam :  Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik atau matematik tambahan, lukisan atau lukisan geometri dan bangunan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke UiTM di peringkat diploma dan seterusnya ke peringkat sarjana muda.

Cara Ketujuh : Untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah di UiTM, calon perlu lulus sekurang-kurangnya dua prinsipal termasuk pengajian am dan dia subsidiari termasuk lukisan di peringkat SPM. Selain itu harus lulus bahasa Melayu dan Inggeris dan kepujian Matematik di peringkat SPM/SPMV. Syarat tambahan: Calon hendaklah lulus ujian melukis yang dikendalikan oleh pihak fakulti.

Cara Kelapan : Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian seni bina ini di luar negara, calon pelu lulus peperiksaan SPM/SPMV dengan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Inggeris, matematik, matematik tambahan dan fizik. Program di luar negara mengambil masa selama lima atau enam tahun bergantung kepada institusi yang menawarkan.
Read More

Friday, 2 August 2013

MAKSUD/TAKRIF SENIBINA...APA ITU SENIBINA

Seni bina umumnya ditafsirkan sebagai - merekabentuk, menyedari dan membina - sebagai respons terhadap satu kumpulan keadaan yang wujud. Keadaan ini mungkin secara semulajadi telah berfungsi atau ia mungkin juga dibayangkan dalam tahap yang berbeza-beza dari segi ekonomi, sosial dan politik. Walau bagaimanapun, keadaan yang wujud ini dirujuk sebagai masalah yang kurang memuaskan dan menyebabkan masalah atau keadaan yang wujud ini dirujuk sebagai satu masalah yang kurang memuaskan dan menyebabkan masalah atau keadaan yang baru, satu penyelesaian diperlukan. Maka sebagai tindak balas terciptanya seni bina dan kemudiannya menyelesaikan masalah atau proses rekaan. Penuntut-penuntut akan belajar melukis dan membuat lakaran bebas, kemahiran asas Lukisan Teknikal (drafting), grafik dan teknik-teknik lukisan yang berkaitan dengan profesion seni bina, namun penekanan utama dalam program ini diberikan ini diberikan kepada teknik lukisan digital dengan bantuan komputer dan kemahiran persembahan dengan menggunakan teknologi perisian terkini dan canggih.

Diploma Senibina menyediakan pelajar-pelajar dengan cabaran kerjaya dalam bidang ini, dimana pelajar-pelajar akan menerima pengetahuan sokongan yang luas dalam proses dan kaedah pembinaan bangunan, bahan-bahan pembinaan, analisis struktur dan reka bentuk, serta teknologi pembinaan. Pendekatan projek-projek integrasi sebenar juga digunakan untuk memudahkan pelajar-pelajar mempraktikkan kaedah rekaan dalam senibina. Dalam proses rekaan, pemikiran kreativiti dan inovasi. Melalui amalan ini, Pelajar-pelajar turut belajar menjadi arkitek yang lebih berdikari serta menjadi ketua pasukan dalam kerjaya seni bina yang sebenar.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Pelajar yang mempunyai deria seni yang kuat serta persfektif artistik dengan bakat reka bentuk seni bina yang baik. Pendedahan kepada asas yag kukuh dalam pengetahuan reka bentuk dan teori-teori seni bina.

Pelajar-pelajar akan belajar untuk memindahkan idea dalam bentuk lakaran bebas, kemahiran lukisan teknikal asas, persembahan grafik dan dengan bantuan komputerserta teknologi pembinaan bagi menyediakan mereka dalam industri pembinaan dan perkhidmatan profesional.

DIANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Architecture Design & Theory
Kursus ini merangkumi definisi dan skop seni bina dan perbendaharaan kata dalam seni bina, termasuk teori prinsip-prinsip dan unsur-unsur seni bina dan reka bentuk.Dendan menggunakan contoh-contoh tertentu daripada seni bina kontemporari dan bersejarah, hubungan antara bentuk dan fungi; teknologi; seni; masyarakat dan elemen-elemen lain yang mampu mempengaruhi reka bentuk hari ini. Disamping itu, kursus ini juga mengkaji kes tokoh penting dalam seni bina kontemporari bagi mendorong dan meransang idea pelajar.

Communication Skills
Kursus ini adalah salah satu daripada pengetahuan kemahiran komunikasi untuk para pelajar. Ia merupakan kursus komunikasi grafik dalam lukisan arkitek serta persembahan lukisan secara sistematik melalui pendedahan kepada teknik-teknik komunikasi grafik asas dan kaedah lanjutan dalam2 dimensi dan 3 dimensi. Ini akan membantu pelajar-pelajar untuk menyampaikan idea-idea reka bentuk mereka melalui persembahan lukisan arkitek.

Computer Applications
Kursus ini diperkenalkan bagi melatih pelajar-pelajar dalam reka bentuk dan kemahiran teknikal menggunakan media digital atau perisian komputer untuk mempersembahkan lukisan kerja dalam 2 dimensi dan 3 dimensi seperti pelan-pelan, keratan-keratan, sudut pandangan dan lukisan-lukisan perincian. Persembahan idea menggunakan media digital bertujuan bagi membantu komunikasi lukisan penyampaian para pelajar untuk menyampaikan produk seni bina dalam bentuk 2D dan 3D yang berkualiti tinggi.

Building Science & Technology
Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada sains dan teknologi bangunan yang mencakupi cara pembinaan bangunan, pengunaan bahan-bahan, serta servis dan operasi bangunan yang mana ia juga menyerlahkan reka bentuk yang seimbang yang mengambil kira pemilihan peralatan dan peruntukan ruang untuk servis dan operasi bangunan.

Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Design & Profesional Consultation (Architecture, Urban Planning & Interior Design Firm)
- Construction Companies
- Building Materian Design & Manufacturing Companies
- Building Material Marketing & Supply Companies
- Real Estate & Building Developement Companies
- Goverment Agiencies & Goverment Linked Companies

Peluang pekerjaan sebagai:-
- Assistant Architect
- Interior Designer
- Technical Assistant
- Draftsmen
- Architectural Designer
- 3D illustrator
- Urban Planner
- Assistant Planner
- Project Assistant
- Priject Coordinator
- Site Suppervisor
- Clerk Of Works
- Product Designer
- Product Matketing Executive
- Project Executive

- Procurement Officer
Read More

About Alluring

Popular Posts

Total Pageviews

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates